Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
Partikel –kah mesti digunakan di belakang Kata Tanya sekiranya Kata Tanya diletakkan di pangkal ayat.
Kata Tanya
|
Penggunaan
|
Ayat Contoh
| |
Apa
|
Digunakan untuk menanyakan tentang benda
|
Apakah warna bekas pensel kamu?
| |
Siapa
|
Digunakan untuk menanyakan tentang orang.
|
Siapakah yang ingin membeli buku ini?
| |
Bila
|
Digunakan untuk menanyakan tentang masa.
|
Bilakah ayah pulang?
| |
Mengapa
|
Digunakan untuk menanyakan tentang sebab.
|
Mengapakah Aziz tidak hadir ke sekolah?
| |
Bagaimana
|
Digunakan untuk menanyakan tentang cara.
|
Bagaimanakah kamu membuat kuih ini?
| |
Di mana
|
Digunakan untuk menanyakan tentang tempat.
|
Di manakah kasut saya?
| |
Berapa
|
Digunakan untuk menanyakan tentang harga atau bilangan.
|
Berapakah umur adik?
|
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.